06 June 2012

Born, child, teenagers, adult, marriage, birth, old, death

Malam ni tetiba sebak. Aku terlalu memikirkan banyak perkara. Study, Mama Ayah di rumah dengan Naim yang jauh nun di tengah laut. Kebelakangan ni juga aku tetiba asyik teringat pada kakak angkat aku yang masih lagi menetap di Shah Alam. Dulu kami amat rapat, zaman kanak-kanak hingga remaja aku dia sentiasa berada di sisi aku. Dia gelarkan dirinya Kak Sarah. Aku senang dan bahagia selalu bila disamping dia. Sebab dia layan aku sama macam dia layan adik beradik dia yang lain kadang-kadang layanannya kepada aku lebih dari adik-adik dia yang lain. Aku amat bertuah mengenali dia. Mama Ayah pun senang aku berkawan dengan dia. Hmm. Tapi masa berlalu dan banyak yang telah berubah, kak Sarah telahpun berkahwin dan alhamdulillah, aku bahagia untuk dia, dia mempunyai suami dan anak yang comel! Terdetik di hati ini ingin memiliki suami dan anak yang comel. Tapi aku tahu belum sampai masanya lagi, aku masih terlalu muda. Baru 19 tahun. Pelajaran dan Mama Ayah yang penting buat masa sekarang. Banyak benda lagi aku masih perlu fokus. Tapi serius cakap aku dah lama memikirkan tentang keluarga, maksudku aku seperti sudah bersedia menanggung tanggungjawab yang berat seperti menjadi seorang isteri mahupun ibu yang berjaya ataupun mithali, insyaAllah. Hm, mungkin naluri keibuan aku ni makin over kebelakangan ni kut. Aku asyik lihat album kawan-kawan serta saudara mara aku yang banyak melahirkan anak sulung mereka, menitik air mata ku bila lihat muka suci bersih bayi-bayi kecil tu. Mesti bahagia perasaan para ibu apabila melihat muka anak-anak mereka yang bersih baru lahir tu..

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku zuriat yang sempurna akal, fikiran, fizikal dan sebagainya dan tiada sebarang cacat padanya. Kurniakanlah kepadaku zuriat yang taat kepada agamaMu dan dapat menabur bakti kepada agamaMu, Kurniakanlah kepadaku zuriat yang menyenangkan perasaan ibubapanya dan juga manusia yang lain. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pencipta dan Engkaulah Maha Mendengar, Amin.



Kak Sarah dan Abg Firdaus, adik doakan semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat dan juga ke Jannatul Firdausi, insyaAllah amin. Rindu akak sangat, maaf dah lama tak ziarah akak. Adik tak pernah lupakan akak, insyaAllah ada rezeki a.s.a.p adik akan pergi jenguk-jenguk akak..