10 May 2012

Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)

Alhamdulillah, its been a month. Perlahan-lahan aku dapat menyesuaikan diri disini, oh lupa nak bagitahu! Kat sini aku ambil diploma in psychology, bidang yang dah lama aku minat. Intake aku tak ramai, 8 orang sahaja. Jadi alhamdulillah kami ber-lapan mudah rapat, aku sorang saja dari KL, ada sorang lagi Perak dan yang lain Kelantan dan Terengganu sendiri. Di sini aku belajar berdikari dan hidup susah, kerana hostel aku berada di tengah hulu! Kawasan pendalaman pula tu, masya Allah. Hanya tuhan saja tahu macamana perasaan sedih ini. Tapi demi Mama Ayah dan masa hadapan aku, aku akan cuba lawan perasaan yang bukan-bukan dalam hati dan minda aku ni. Aku nak buktikan kepada semua orang aku bukan Huda yang dulu mereka kenal. Insya Allah satu hari nanti aku akan berjaya seperti Ayah aku, amin :)

Sahabat-sahabatku di sini ; Nor, Eiqa, Eyra, Mimi, Effa, Alya & Tini

Have a look!