02 May 2012

Hello May



Assalamualaikum and hi to all readers yang tak setia dan juga yang setia.. But wait, ada lagi ke pembaca setia blog aku ni -.- Okay whatever it is, ni blog Huda sendiri, so Huda jelah yang jadi pembaca setia. Mungkin si dia yang jauh di laut tu kalau kat darat pun akan selalu baca juga, mungkinnn lahhh. Malam ni tak ada benda sangat nak cerita, cuma nak bagitau, rasa cepat sangat masa berlalu. Kita sekarang dalam bulan Mei dah pun, rasa baru semalam je tahun baru, rasa baru semalam je kenal Naim tercinta, rasa baru semalam je kita operate, rasa baru semalam je kita keluar jejalan dengan Mama Ayah, rasa baru je bla bla bla and blaaa. Banyak sangat rasa baru, rasa baru dan rasa baru. Hehe. Sebenarnya kan, banyak sangat peristiwa dah jadi dalam 1,2 tahun ni kan. Semua peristiwa dan pengalaman ni yang buatkan kita bangun dari kebodohan yang lepas. Alhamdulillah, sejak Huda bawa diri ke kolej di Kelantan ni, Huda tidak pernah tinggal solat lagi, bersyukur sangat Allah tak tarik hidayah yang dia bagi selama ni. Betul la kata para ulama dan Mama Ayah, apabila kita ni berusaha dan bersungguh-sungguh nak berubah kepada kebaikan, Allah akan tak putus putus hantarkan kita orang-orang yang baik disekeliling kita dan pelihara kita. Tak dinafikan, tinggal disini betul-betul menguji kesabaran, sebabkan hostel di tengah tengah dalam hulu dan hutan, jauh sekali dari bandar. Kebanyakan kawan di KL semua cakap Huda dah hilang akal, dah buang tabiat, dah crack lah itu lah ini lah. Tapi ini pilihan Huda, ini kehendak Huda, jadi Huda sendiri akan tanggung risiko. Huda dah janji dengan Mama, Ayah, Naim dan tuhan kita sendiri, Allah swt, yang Huda nak buat yang terbaik untuk kali ni, Huda taknak tengok air mata Mama dengan Ayah jatuh lagi, sebak dada bila teringatkan masa lalu. Betapa derhakanya diri ini. Ya Allah, aku mohon, ampunilah dosa lepas ku. Sudah cukup aku diuji dengan berjauhan dari Mama Ayah, aku diuji dengan berjauhan dari kekasih hati iaitu Muhammad Naim bin Jamaludin. Huda tahu, semua yang terjadi ni ada hikmah dia, Allah menjarakkan hubungan kami mungkin kerana Dia ingin memelihara kami berdua, wallahualam, Huda kat sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mama, Ayah dan Naim. Mereka bertiga adalah orang yang paling penting dalam hidup Huda. Alhamdulillah juga, Huda tidak tahu dari mana Huda dapat kekuatan untuk bertahan di sini, Huda dapat memahami apa yang lecturer mengajar dan sentiasa rasa bersemangat apabila bangun dari tidur. Mungkin Allah mendengar setiap doa dan permintaan ku, syukur alhamdulillah. Aku tidak melakukan semua ini seorang diri melainkan dengan bantuan dari Dia yang maha Esa. Moga Allah sentiasa tenangkan hati ini dan lapangkan dadaku ini. InsyaAllah, amin :')